Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktviti mingguan yang saya lakukan sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang ditulis di dalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan di terangkan dalam bab yang meliputi tugas yang diberikan oleh penyelia. Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan akan dicatat dalam jurnal refleksi. Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas aktiviti-aktiviti dan tugasan yang saya telah saya jalankan semasa menjalani latihan industri pada satu semester iaitu dua puluh minggu. Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam seminggu di samping memudahkan proses penyemakan. Hari kerja dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti umum dan cuti yang diumum oleh pihak syarikat.
Dalam menjalani latihan industri, saya telah didedahkan dengan banyak perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di politeknik, saya juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat dan ianya perlu dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya menjalani latihan industri.
MINGGU 1
- Melaporkan diri ke syarikat.
- Saya diberi peluang membuat tinjauan serta lawatan tapak di beberapa projek pembinaan bangunan.
- Saya diajar cara mengenalpasti masalah dan mencari jalan penyeesaian
MINGGU 2
- Saya diberi peluang menghadiri ke mesyuarat projek.
- Saya diajar prosedur keselamatan di tapak projek serta etika semasa berada di kawasan tapak pembinaan.
- Saya diberi peluang membuat tinjauan tapak pembinaan.
MINGGU 3
- Saya berpeluang belajar membuat semakan pada tiang.
- Saya mendapat pengalaman berjumpa dengan kontraktor-kontraktor yang berpengalaman.
- Saya diajar membuat tinjauan di tempat yang dilaporkan mempunyai masalah dan mencari jalan penyelesaian.
MINGGU 4
- Saya berpeluang belajar berkaitan tender.
- Saya dapat belajar mengenai asas dan cerucuk dalam pembinaan bangunan.
MINGGU 5
- Saya diajar cara membuat senarai kuantiti.
- Saya dapat belajar prosedur membuat senarai kuantiti.
MINGGU 6
- Saya berpeluang membuat satu surat panggilan bagi menghadiri ke satu majlis penyerahan projek.
- Saya berpeluang menghadiri ke mesyuarat tapak.
- Saya berpeluang menghadiri ke majlis penyerahan projek dan mempelajari prosedur penyerahan projek dilakukan.
MINGGU 7
- Saya diberi peluang melakukan tinjauan di sekitar tapak projek.
- Saya berpeluang mempelajari prosedur penanaman cerucuk yang dijalankan di tapak projek.
- Saya berpeluang mempelajari cara membuat ‘valuation’.
MINGGU 8
- Saya berpeluang melihat dan belajar cara-cara penanaman ‘bored pile’ dilakukan di sebuah tapak projek.
- Saya diberi peluang membuat kerja ukur aras bagi menanda aras untuk kerja korekan tapak.
- Saya berpeluang melihat kerja-kerja korekan dilakukan bagi membuat penanaman system perparitan.
MINGGU 9
- Saya diberi peluang melakukan tinjauan tapak di sekitar projek pembinaan bagi melihat kerja-kerja yang dilakukan di tapak projek.
- Saya berpeluang membuat laporan projek bangunan untuk digunakan semasa melakukan pembentangan sewaktu mesyuarat dijalankan.
MINGGU 10
- Saya mendapat peluang belajar mengenai prosedur melakukan ujian ‘load test’ berdasarkan ‘method of statement’ yang diberikan.
- Saya berpeluang melihat kerja-kerja ‘load test’ dilakukan ke atas cerucuk di tapak pembinaan.
MINGGU 11
- Saya berpeluang manghadiri ke mesyuarat tapak bagi membincangkan kemajuan projek.
- Saya diajar membuat semakan pada barang-barang elektrik
MINGGU 12
- Saya berpeluang belajar mengenai pengenalan tentang ukur teodolit.
- Saya dapat mempelajari prosedur membina tembok penahan.
MINGGU 13
- Saya berpeluang melakukan kerja-kerja mengambil bacaan pada ‘load test’.
- Saya berpeluang menyertai ke sebuah majlis konvokesyen kumpulan inovatif dan kreatif JKR Selangor 2016.
- Saya berpeluang melihat ujian ‘tensile’ pada besi dilakukan di makmal.
MINGGU 14
- Saya berpeluang menghadiri ke mesyuarat bangunan yang diadakan di bilik mesyuarat bahagian pentadbiran JKR Daerah Petaling.
- Saya diberi peluang membuat lawatan tapak dan melihat kerja-kerja di tapak dilakukan.
- Saya berpeluang melihat kerja-kerja penurapan semula lapisan haus pada jalan raya dilakukan di Subang USJ.
MINGGU 15
- Saya berpeluang melakukan lawatan tapak dan melihat kerja-kerja di tapak dilakukan.
- Saya memperoleh pengalaman melihat kerja-kerja ‘coring test’ dilakukan di tapak.
- Saya berpeluang mengikuti satu lawatan teknikal bagi melihat satu teknik projek inovasi bangunan tanpa konkrit.
MINGGU 16
- Saya berpeluang melakukan lawatan tapak dan melihat kerja-kerja di tapak dilakukan.
- Saya berpeluang untuk menimba ilmu tentang keselamatan dalam kejuruteraan awam.
- Saya berpeluang belajar mengenai peraturan keselamatan di tapak pembinaan.
MINGGU 17
- Saya berpeluang untuk mendapatkan pengetahuan mengenai pembinaan struktur dalam bangunan.
- Saya berpeluang melakukan lawatan tapak dan melihat kerja-kerja di tapak dilakukan.
- Saya berpeluang menimba ilmu mengenai struktur dalam kejuruteraan awam dengan lebih mendalam.
MINGGU 18
- Saya berpeluang melakukan lawatan tapak dan melihat kerja-kerja di tapak dilakukan.
- Saya mendapat satu pengalaman dalam menghadiri ke sebuah kursus mengenai penyelenggaraan bangunan selama 3 hari dan dapat memperolehi banyak ilmu yang amat berguna.
MINGGU 19
- Saya berpeluang melakukan lawatan tapak dan melihat kerja-kerja yang dilakukan di tapak pembinaan.
- Saya berpeluang membuat satu pembentangan tentang ‘bored pile’ di satu mesyuarat bangunan dan mendapat pengalaman dalam membuat pembentangan di organisasi yang besar.
MINGGU 20
- Saya berpeluang menimba ilmu tentang atur cara kontrak dan taksiran.
- Saya berpeluang memperoleh pengetahuan tentang sistem pengangkutan kejuruteraan jalan.
- Saya berpeluang untuk belajar mengenai konkrit dengan lebih mendalam.
No comments:
Post a Comment