Thursday, August 13, 2020

BAB 6: Kesimpulan

 

    Sebagai seorang hamba Allah S.W.T yang wujud dimuka bumi ini,pasti mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.Oleh itu kita tidak seharusnya meninggikan diri dengan kelebihan yang kita ada dan harus sentiasa tidak berputus asa dengan kekurang yang ada pada diri sendiri.Sebagai manusia tidak  salah untuk kita saling memperingati antara satu sama lain dan saling menasihati antara satu sama lain.Ini kerana semua ini adalah untuk kebaikkan dan kemantapan individu itu sendiri.Seterusnya  akan berjaya mengetuai  sesebuah syarikat itu dengan lebih mantap lagi.Apa yang diharapkan adalah semua terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan program latihan industri ini akan sentiasa berhijrah dari kelemahan kepada kelebihan begitu juga diri saya.

    Sekali lagi sebagai hamba Allah S.W.T yang biasa ingin saya menyusun sepuluh jari  memohon maaf kepada pihak syarikat sekiranya saya telah melakukan kesilapan dan menyebabkan saya tidak disenangi oleh pihak tuan.Tetapi jauh dihati saya,ingin sekali saya untuk memberikan khidmat bakti saya disyarikat ini kerana sepanjang tempoh 20 minggu saya menjalankan latihan industri disini, saya seolah-olah mempunyai saudara baru. Kemesraan, keprihatinan dan segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi disini tentu sekali tidak dapat saya nilai dengan wang rinngit.

    Sepanjang saya menjalankan latihan industri disyarikat ini, terlalu banyak perkara baru yang saya dapat pelajari di sini dan saya didedahkan kepada situasi sebenar dialam pekerjaan .Saya dapati banyak perbezaan dan kelainan jika dibandingkan dengan pembelajaran di politeknik. Syarikat dimana saya menjalankan latihan industri iaitu Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling memberikan pengalaman baru kepada saya. Disini saya mendapat banyak kemahiran dan dapat mempelajari sesuatu yang amat berguna dan berkaitan dengan kursus kejuruteraan awam. Kemahiran ini benar-benar memberikan motivasi kepada saya untuk menamatkan pengajian disemester akhir dengan jayanya dan seterusnya melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

    Selain itu, program latihan indutri ini juga mengajar saya cara pergaulan antara rakan sekerja dan juga antara pihak atasan. Batas pergaulan antara semua pihak perlulah dijaga bagi memastikan keharmonian ditempat kerja. Disamping itu, ia juga banyak mengajar saya agar lebih menitik beratkan hal-hal hubungan sosial tidak kira dengan pihak atasan mahupun pekerja am. Namun demikian sifat ingin tahu juga penting bagi membolehkan saya mengumpul seberapa banyak pengetahuan dan pengalaman. Tambahan pula, sifat bertanya juga perlu saya pupuk sepanjang menjalankan latihan industri bagi membantu saya mendapatkan sesuatu kepastian tentang sesuatu perkar

    Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kepada pihak syarikat Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling kerana memberi peluang kepada saya menjalankan latihan industri disini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menjalankan latihan industri disini. Harapan saya agar syarikat ini akan terus maju kehadapan dan menjadi syarikat yang disegani serta saya mendoakan kejayaan kepada pekerja-pekerja di syarikat ini.


No comments:

Post a Comment