4.1 KESELAMATAN DAN KESIHATAN
4.1.1
Pengenalan
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu dengan memperkenalkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada 25 Februari 1994.
Antara faktor yang membawa kepada pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah kerana terdapatnya banyak kelemahan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 dan statistik kemalangan di tempat kerja yang tinggi. Sebagai contoh, insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994 yang mengakibatkan berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut. Di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, ianya merupakan salah satu tanggungjawab majikan untuk mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pekerja ketika bekerja dan juga orang lain yang turut berada di kawasan tersebut.
Akta ini dikawalselia oleh Jabatan
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia dan
dibahagikan kepada limabelas bahagian iaitu Pe rmulaan (Preliminary),
Perlantikan Pegawai (Appointment of Officers), Majlis Negara bagi Keselamatan
& Kesihatan (National Council for OSH) , Kewajipan Am Majikan & Orang
Yang Bekerja Sendiri (General Duties of Employers and Self-Employed Persons),
Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang & Pembekal (General Duties of
Designers, Manufacturers and Suppliers), Kewajipan Am Pekerja (General Duties
of Employees), Organisasi Keselamatan & Kesihatan (Safety and Health
Organizations), Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya,
Keracunan Pekerjaan & Penyakit Pekerjaan & Siasatan (Notification of
Accidents, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning and Occupational
Diseases and Inquiry), Larangan Terhadap Penggunaan Loji atau Bahan (Prohibition
Against Use of Plant or Substance), Tataamalan Industri (Industry Codes of
Practice), Penguatkuasaan & Penyiasatan (Enforcement and Investigation),
Liabiliti bagi Kesalahan (Liability for Offences), Rayuan (Appeals),
Peraturan-peraturan (Regulations), dan Pelbagai (Miscellaneous). Artikel ini
akan membincangkan tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan
merujuk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.
4.1.2 Tujuan dan Skop
Tujuan utama Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, melindungi orang-orang di tempat
kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja, mengalakkan suatu
persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi
orang-orang yang sedang bekerja, mengadakan suatu sistem perundangan yang
berasas kepada peraturan-peraturan dan tata amalan industri disamping
peruntukan Akta. Secara ringkasnya, akta ini bertujuan untuk menjamin keselamatan
bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga kepada orang lain yang berada di tempat
kerja.Orang lain tersebut merujuk kepada tetamu atau sesiapa sahaja yang
mempunyai urusan dengan organisasa berkenaan.
Manakala skop akta ini antara lain
adalah merangkumi dan melindungi semua orang yang bekerja dalam semua aktiviti
ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor swasta kecuali
mereka yang bekerja di atas kapal perdagangan, angkatan tentera. Sektor-sektor
yang dirangkumi akta ini adalah sebagaimana peruntukkan dinyatakan dalam jadual
pertama di bawah seksyen 1(2) iaitu pengilangan, perlombongan dan kuari,
pembinaan, pertanian, perhutanan dan perikanan, kemudahan elektrik, gas, air
dan perkhidmatan kebersihan, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi,
perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran, kewangan, insurans, hartanah
dan perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.
4.1.3 Keselamatan di Tempat Kerja
Tanggungjawab Majikan dan Orang
yang Bekerja Sendiri
Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap
majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan setakat yang
praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. Kegagalan mematuhi peruntukan ini boleh menyebabkan
majikan didenda RM 50,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya. Seterusnya di
bawah seksyen 15(2) memperuntukkan bahawa majikan hendaklah setakat yang
praktik melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang
bekerja untuk mereka termasuklah mengadakan dan menyelenggara loji dan sistem
kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan, membuat perkiraan tentang
langkah-langkah yang perlu diambil dalam penyimpanan, pengendalian, penyimpanan
dan pengangkutan loji dan bahan, menyediakan maklumat, arahan, latihan dan
pengawasan ke atas aktiviti-aktiviti berbahaya, menyelenggara tempat kerja
serta menyediakan keluar dan masuk yang selamat, dan menyediakan persekitaraan
tempat kerja yang bebas daripada bahaya-bahaya yang tidak diingini seperti
bising, habuk dan sebagainya. Kewajipan lain majikan dan orang yang bekerja
sendiri adalah menyediakan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
memastikan orang lain selain daripada pekerjanya tidak tertedah kepada bahaya
yang dihasilkan daripada aktiviti yang dijalankan oleh beliau serta memberitahu
orang lain tentang aktiviti yang dijalankannya, dan memberi maklumat kepada
orang lain berkenaan dengan aspek cara pengusahaannya yang boleh menyentuh
keselamatan dan kesihatan orang lain.
Perkataan yang digunakan bagi meletakkan
tanggungjawab majikan dan orang yang bekerja sendiri adalah ‘setakat yang
praktik’. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja tidaklah memperincikan
secara menyeluruh tentang apa yang dimaksudkan dengan perkataan setakat yang
praktik, apa yang dinyatakan hanyalah faktor-faktor yang perlu diambil kira
dalam menentukan maksud perkataan ini. Faktor-faktor tersebut adalah seperti
berikut:-
- Teruknya
bahaya atau risiko yang terlibat.
- Keadaan
pengetahuan mengenai bahaya atau risiko tersebut dan cara mengawalnya.
- Kewujudan
cara yang sesuai untuk menghapus atau mengurang bahaya atau risiko itu.
- Kos yang terlibat bagi menghapus atau mengurangkan bahaya atau risiko itu.
Faktor-faktor ini penting sebagai
rujukan atau panduan majikan dan orang yang bekerja sendiri dalam mempraktikkan
tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Dalam pada itu, faktor-faktor ini
juga adalah penting bagi Mahkamah dalam membuat keputusan sama ada sesuatu
tindakan majikan dan orang yang bekerja sendiri adalah boleh dipraktikkan atau
tidak.
4.1.4 Tanggungjawab Pekerja
Akta ini bukan sahaja meletakkan
tanggungjawab kepada majikan dan orang yang bekerja sendiri tetapi juga
terhadap pekerjanya. Tanggungjawab pekerja antara lain adalah memberi perhatian
munasabah terhadap keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain semasa
menjalankan aktiviti-aktivitinya, memberi kerjasama samada kepada majikan atau
orang lain dalam hal berkaitan dengan pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerja 1994, memakai peralatan perlindungan diri yang dibekalkan
oleh majikan, dan mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan kesihatan seperti
yang dikehendaki di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan
peraturan-peraturannya. Kegagalan mematuhi peruntukan ini boleh mengakibatkan
pekerja terbabit didenda RM 1000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
4.1.5 Kesihatan di Tempat Kerja
Definisi penyakit pekerjaan adalah
penyakit yang disebabkan atau berpunca daripada aktiviti dan faktor
persekitaran di tempat kerja. Jenis-jenis penyakit pekerjaan boleh dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu organ sasaran dan agen penyebab. Jenis-jenis penyakit
pekerjaan mengikut organ sasaran adalah penyakit sistem kardiovaskular seperti
penyakit paru paru pekerjaan, penyakit kulit pekerjaan, penyakit otot rangka,
penyakit sistem pembiakan, penyakit sistem saraf pusat, penyakit berkaitan
bangunan, penyakit hati, penyakit ginjal, penyakit psikiatri atau gangguan
kesihatan mental, penyakit kanser pekerjaan. Manakala jenis-jenis penyakit
pekerjaan mengikut agen penyebab adalah seperti logam, gas, pelarut, racun
serangga, hilang pendengaran akibat kebisingan, gegaran, suhu, radiasi,
tekanan, agen berjangkit penyakit pekerjaan berjangkit.
Di antara fungsi seksyen kesihatan
di bawah akta ini adalah bertujuan memantau pemberitahuan penyakit dan
keracunan pekerjaan yang di laporkan, memantau aktiviti penyiasatan penyakit
pekerjaan oleh negeri-negeri, menganalisa data penyakit dan keracunan pekerjaan
yang dilaporkan dan menyediakan laporan kejadian penyakit dan keracunan
pekerjaan, merancang dan melaksana dan memantau program pengawasan kesihatan
warga JKKP, memberi input kepakaran dalam penggubalan dasar kesihatan
pekerjaan, memberi khidmat nasihat kepada pejabat negeri, agensi-agensi luar,
pengamal kesihatan dan orang-ramai
Jenis-jenis hazad pekerjaan pula
boleh dibahagiakan kepada lima iaitu hazad fizikal, hazad kimia, hazad
biological, hazad kimia, hazad ergonomic, hazad psikososial. Di antara
jenis-jenis hazad fizikal adalah suhu terlampau seperti sejuk atau panas,
mekanikal, gegaran, kebisingan, elektrikal, radiasi, tekanan rendah atau tinggi
dan pencahayaan. Hazad kimia pula terdiri daripada asid atau alkali, pelarut,
bahan disinfeksi, gas anastasia dan ubat sitotoksik. Manakala jenis-jenis hazad
biological adalah seperti virus, bakteria, protozoa, kulat, plasmodium dan
jenis-jenis hazad ergonomic pula antara lain adalah pergerakan berulang, tiada
pergerakan, mengangkat beban, kecederaan otot rangka, unit paparan visual.
Akhir sekali hazad psikososial adalah seperti stress pekerjaan, depresi atau
kerisauan, ketagihan dadah atau ubat, dan penderaan seksual.
4.2 Prosedur Kawalan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan di Jabatan Kerja Raya (JKR)
1.0 OBJEKTIF
Prosedur
ini adalah untuk dijadikan panduan kepada semua pegawai tapak bina bagi kawalan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan panduan kepada kontraktor untuk
menyediakan Pelan Keselamatan dan Kesihatan Projek (S-Plan) dalam operasi dan
pelaksanaan kerja yang terlibat dengan projek JKR Malaysia. S-Plan adalah
sebahagian daripada sistem dokumentasi yang perlu dibangunkan dan disenggara di
tapak bina. S-Plan juga perlu disediakan mengikut keperluan dan bersesuaian
dengan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan untuk pematuhan keperluan-keperluan
yang berkaitan serta pencapaian objektif dan sasaran SPB.
2.0 SKOP
Prosedur
ini digunapakai oleh semua pejabat tapak bina yang memerlukan kawalan kepada
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OHSAS 18001). Prosedur ini merangkumi
perancangan S-Plan, memberi gambaran tentang keperluan Keselamatan dan
Kesihatan semasa pelaksanaan projek, borang-borang semakan bagi keperluan
kawalan Keselamatan dan Kesihatan untuk digunapakai di tapak bina semasa
peringkat pembinaan.
3.0 RUJUKAN
a)
Manual Sistem Pengurusan Bersepadu
b)
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
c)
Akta Kilang dan Jentera 1974
4.0 SINGKATAN
PB
- Pengarah Berkenaan yang terdiri dari Pengarah Cawangan Ibu Pejabat JKR
Malaysia, Pengarah JKR/ JBA Negeri/Pengarah JKR Wilayah Persekutuan/ Pengarah
JKR Pembangunan Persekutuan/ Pengarah Unit Khas JKR.
KUB
- Ketua Unit Berkenaan yang terdiri daripada Ketua Bahagian/Unit
Cawangan/Negeri/Jurutera Daerah/ Jurutera Jajahan/ Pengurus Tapak Projek.
HOPT
- Ketua Pasukan Projek (Head of Project Team) Pegawai yang dilantik oleh PB
untuk mengetuai pasukan pelaksanaan sesuatu projek.
PD
- Pengarah Projek (Project Director) sebagai pegawai yang diberi kuasa untuk
menyelia projek mengikut definisi kontrak.
WPD
- Wakil Pengarah Projek mengikut definisi kontrak.
PP
- Pegawai Penguasa mengikut definisi kontrak.
WPP
- Wakil Pegawai Penguasa mengikut definisi kontrak.
PTB
- Penyelia Tapak Bina yang dilantik oleh
PP/WPP/PD/WPD.
PDT
- Pegawai yang ditugaskan termasuk Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, Pegawai
Alam Sekitar
WP
- Wakil Pengurusan bagi Sistem Pengurusan Bersepadu JKR
R&B
- Reka dan Bina
SPB
- Sistem Pengurusan Bersepadu
PKT
- Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Tapak (Kontraktor)
S-Plan
- Pelan Keselamatan dan Kesihatan Projek
PPE
- Personal Protective Equipment
ERT
- Emergency Response Team
HIRADC
- Hazard Identification, Risk Assessment and Determining Controls
WBS
- Work Breakdown Structure
ERP
- Respon Kecemasan dan Kesediaan
PMA
- Permit Mesin Angkat
MKSP
- Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
DOSH
- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
5.0 TANGGUNGJAWAB
5.1
PP/PD bertanggungjawab bagi memantau ke atas kawalan Keselamatan dan Kesihatan
di tapak bina dan memastikan ianya di patuhi oleh, Kontraktor/PKT, perunding
dan pelawat.
5.2
PKT perlu kompeten dan bertanggungjawab dalam penyediaan kawalan Keselamatan
dan Kesihatan bagi pihak pasukan kontraktor.
5.3
Skop tugas bagi kawalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tapak bina
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah:
Jadual
1: Skop Tugas Pihak Yang Terlibat Dalam Kawalan Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan
|
PIHAK |
SKOP TUGAS |
|
JKR IBU PEJABAT DAN URUS SETIA SPB |
• Memantau status Keselamatan dan Kesihatan secara keseluruhan untuk
semua projek JKR. • Menerima S-Plan, Laporan Keselamatan dan Kesihatan Bulanan daripada
JKR Cawangan/Negeri. • Mengadakan Audit Dalaman dan MKSP • Urus Setia Audit Pengawasan SIRIM |
|
JKR CAWANGAN/ NEGERI /PASUKAN KHAS |
• Memantau Keselamatan dan Kesihatan di semua projek di seluruh Negeri
• Menerima Laporan Keselamatan dan Kesihatan Bulanan daripada JKR
Daerah • Mengadakan Audit Dalaman • Menyemak dan Menerima S-Plan |
|
JKR DAERAH |
• Memantau Keselamatan dan Kesihatan secara terperinci di semua projek
di seluruh Daerah • Menerima Laporan Keselamatan dan Kesihatan Bulanan daripada
Kontraktor • Mengadakan Audit Dalaman • Menyemak dan Menerima S-Plan |
|
KONTRAKTOR UTAMA |
• Memastikan Keselamatan dan Kesihatan di tapak terkawal. • Menyediakan Laporan Bulanan Keselamatan dan Kesihatan dan dikemukakan/dibentangkan
kepada pihak JKR • Menyediakan S-Plan • Menjalankan Audit Keselamatan Tapak • Penyediaan HIRADC dan tindakan pencegahan • Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Penyiasatan Kemalangan yang
terdiri daripada semua pihak terlibat. • Menguruskan projek dan segala pelaksanaan/operasi kerja berpandukan
S-Plan • Mengukur prestasi statistik kemalangan dan penyakit |
|
SUB – KONTRAKTOR DAN PERUNDING |
• Mematuhi S-Plan dan arahan PKT |
6.1
S-Plan adalah dokumen perancangan kawalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
di tapak bina yang perlu disediakan dari peringkat awal pembinaan. Sila rujuk
Lampiran 1 bagi format S-Plan yang lengkap.
6.2
Penyediaan S-Plan
6.2.1
Kontraktor perlu menyediakan S-Plan yang lengkap termasuk interim S-Plan secara
berperingkat seperti dinyatakan dalam kontrak/keperluan pelanggan/brif projek.
6.2.2
Peringkat penyediaan S-Plan adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 2.
6.2.3 Sekiranya terdapat aktiviti yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum persediaan S-Plan, Manual Sistem Pengurusan Bersepadu dan Prosedur Keselamatan dan Kesihatan JKR Malaysia boleh dijadikan sebagai panduan awal di tapak bina
Jadual
2 : Peringkat Penyediaan S-Plan
|
Peringkat |
Awal (< 1 bulan
dari tarikh milik tapak) |
Lengkap ( 3 bulan
dari tarikh milik tapak) |
Semasa
memerlukan kemaskini |
|
Kandungan yang perlu
disediakan (keperluan minimum) |
• Prakata, objektif dan Pengenalan • Rancangan Skop Pelaksanaan kerja berkaitan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan • Perundangan semasa berkaitan dengan skop/aktiviti pembinaan • Polisi Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan • Carta Organisasi, peranan, tanggungjawab, kompetensi pekerja • HIRADC |
• Seperti perkara-perkara yang diformatkan dalam S-Plan (rujuk
Lampiran 1) • HIRADC (Perlu dihantar 1 minggu sebelum mana-mana aktiviti kerja
pembinaan dimulakan semasa tempoh kontrak/ dilengkapkan |
• Mana-mana perkara dalam S-Plan yang berlaku perubahan dan perlu
dirancang semula / dikemaskini. • HIRADC (Perlu dihantar 1 minggu sebelum mana-mana aktiviti kerja
pembinaan dimulakan semasa tempoh kontrak) |
6.3
Proses Penerimaan S-Plan dilakukan mengikut keperluan seperti yang berikut:
a.
Persediaan – Pengurus Projek Kontraktor (dinasihat oleh PDT/PKT)
b. Penerimaan – PP/PD/Wakil PP/PD
(JKR
tidak perlu meluluskan S-Plan)
Sila
rujuk Carta Aliran Proses Kerja Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di
perenggan 8.0.
6.4
Pemantauan S-Plan
6.4.1
PDT/PTB di tapak bina perlu memantau S-Plan berdasarkan Prosedur Kawalan
Dokumen [JKR.PK.(P).01]
6.4.2
S-Plan yang diluluskan perlu diedarkan oleh PKT kepada semua pegawai tertentu
termasuk sub-kontraktor dan perunding.
6.4.3
S-Plan yang diluluskan perlu diserahkan kepada pihak JKR Cawangan/Negeri/Daerah
untuk direkodkan sebagai rujukan.
6.4.4
PDT/PTB perlu memastikan S-Plan diedarkan kepada pihak yang berkenaan (PP/PD,
wakil PP/PD (utama), HOPT dan kontraktor).
6.4.5
Sekiranya ada pihak yang berkaitan memerlukan salinan S-Plan atau sebahagian
sahaja, pihak terbabit perlu membuat permohonan kepada wakil PP/PD (utama)
secara bertulis.
6.5
Kajian Semula S-Plan
S-Plan
yang telah diwujudkan dan dilaksanakan perlu dipantau dan dikaji semula secara
berkala dalam tempoh tertentu atau apabila/selepas berlaku insiden (kemalangan
atau penyakit) termasuk perubahan Pengarah Projek (PD)/Pengurus Projek
(PM)/PKT. Ini adalah untuk memastikan S-Plan dapat membantu dalam mengurangkan
dan mengelakkan risiko hazad di tapak bina serta dijadikan sebagai contoh
rujukan.
6.6
Laporan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
6.6.1
Laporan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan perlu disediakan oleh PKT, disemak
oleh pengurus projek dan diluluskan oleh pengarah syarikat. Laporan ini perlu
dikemukakan kepada PP/PD/WPP/WPD serta dibentangkan di dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dan mesyuarat tapak.
6.6.2
Isi kandungan laporan keselamatan dan kesihatan Pekerjaan sekurang-kurangnya
perlu mengandungi perkara seperti yang berikut:
•
Rekod kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan serta tindakan yang diambil
selaras dengan objektif SPB (Rangka Statistik Kemalangan dan Penyakit Pekerjaan
adalah seperti yang dibincangkan dalam Perenggan 7.0 dan Lampiran 2).
•
Program-program yang berkaitan dalam [JKR.PK(P).14]/S-Plan/kontrak kerja
dilaksanakan mengikut jadual/tempoh ditetapkan.
•
Status penyediaan S-Plan dan HIRADC (jika masih belum dilengkapkan).
•
Kawalan Keselamatan Trafik.
• Lain-lain isu (NCR/aduan/kerosakan peralatan dan jentera)/ laporan-laporan pemeriksaan dan pemantauan seperti yang dibincangkan dalam perenggan 6; serta pematuhan keperluan perundangan seperti JKKP.
6.6.3
Laporan Keselamatan Dan Kesihatan perlu dikemukakan kepada
PP/PD/WPP/WPD
setiap bulan.
6.7
Penyimpanan dan Penyelenggaraan Dokumen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Pihak
kontraktor hendaklah menyimpan dan menyenggara dalam keadaan teratur dan baik
apa-apa rekod yang berkaitan dengan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
mengikut tempoh yang ditetapkan perundangan yang berkaitan.
6.8
Kalibrasi Peralatan
Semua
peralatan yang memerlukan kalibrasi perlu dibuat penentukuran dan ditentusahkan
oleh badan/agensi yang diiktiraf dengan menggunakan borang kalibrasi penyeliaan
tapak bina [JKR.PK(O).04-4].
7.0 PENGGUNAAN BORANG-BORANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN
SEMASA PEMERIKSAAN DAN PEMANTAUAN KERJA DI TAPAK BINA
7.1
Bagi keperluan pemeriksaan dan pemantauan dalam kawalan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan, penggunaan borang-borang keselamatan dan kesihatan adalah
keperluan minimum di tapak bina.
7.2
Borang-borang keselamatan dan kesihatan adalah untuk:
•
Memenuhi peraturan dan perundangan berkaitan
•
Memberi panduan dan memudahkan serta tidak terlepas pandang dalam kawalan
keselamatan dan kesihatan
•
Menjamin kesempurnaan hasil kerja
•
Menjamin suasana kerja yang selamat dan sihat
7.3
Tanggungjawab penyediaan dan kelulusan:
•
Pengurus Projek Kontraktor/PKT adalah bertanggungjawab memastikan borang-borang
berkaitan digunapakai oleh pasukan kontraktor yang dilantik.
•
Pemeriksaan adalah dijalankan oleh penyelia kontraktor yang dilantik. PKT bertanggungjawab
bagi semakan dan kelulusan semua borang berkenaan setelah dipastikan tindakan
dan keadaan yang selamat telah dipatuhi.
•
Satu set hasil borang-borang perlu dijilid atau dilampirkan bersama laporan
mengikut maksud dalam perenggan 5.6.
7.4
Kegunaan borang-borang adalah seperti yang berikut:
•
pendaftaran
•
pelaporan
•
pengakuan
•
penyeliaan
•
semakan dan pemeriksaan
•
memohon permit/pas/kelulusan
•
audit
•
pemantaua
7.5
Bagi penyediaan analisa risiko dan penglibatan pekerja, program keselamatan dan
kesihatan, respon kecemasan dan kesediaan, sila rujuk prosedur JKR.PK(P).13,
JKR.PK(P).14, JKR.PK(O).04D. Semua peralatan yang digunapakai untuk tujuan
pemeriksaan perlu dikalibrasi mengikut JKR.PK(O).04-4.
7.6
Sila rujuk Lampiran 3 untuk Senarai Semakan Keperluan Keselamatan dan Kesihatan
Tapak Bina serta Lampiran 4 untuk Borang-Borang Induk Keselamatan dan Kesihatan
Tapak Bina
8.0 STATISTIK KEMALANGAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN
8.1
Selaras dengan objektif SPB, statistik dipantau untuk menunjukkan
penambahbaikan di sepanjang tempoh kontrak bagi keperluan pencapaian sasaran
(target) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
8.2
PKT dikehendaki menggunakan borang dalam Lampiran 2 untuk memantau kejadian
kes-kes kemalangan dan penyakit pekerjaan.
8.3
Bilangan kes direkodkan bagi setiap kejadian kemalangan major, cedera ringan,
kemalangan nyaris (near miss) dan penyakit. Bilangan pekerja maut akibat
kemalangan/penyakit turut direkodkan. Bilangan hari akibat Kecederaan Masa
Hilang (Lost Time Injury) juga direkodkan.
8.4
Semua kejadian kemalangan dan penyakit adalah perlu diambil tindakan siasatan,
pembetulan dan pencegahan mengikut prosedur [JKR.PK(O).04D, JKR.PK(P).05 dan
JKR.PK(P).06] seperti kaji semula HIRADC, S-Plan, penghapusan sumber/punca,
penggantian, pengasingan, kawalan kejuruteraan, kawalan pengurusan dan
penggunaan alat pelindungan keselamatan individu. Lost Time Injury (LTI) TIDAK
BOLEH DIPERTIMBANGKAN dalam tuntutan lanjutan masa kontrak.
No comments:
Post a Comment