Thursday, August 13, 2020

BAB 5: Dapatan dan Cadangan

 

Program latihan industri ini merupakan sebahagian daripada kurikulum Politeknik di mana setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 20 minggu sebelum dianugerahkan Sijil / Diploma Politeknik. Sepanjang tempoh 20 minggu saya menjalankan latihan industri di Jabatab Kerja Raya Daerah Petaling iaitu bermula 30 November 2015 sehingga 15 April 2016,pelbagai perkara yang dapat saya pelajari tentang kepentingan menjalankan latihan industri bagi setiap pelajar.

Tujuan perkara ini dilakukan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar supaya dapat melihat dan merasa bagimana berada di alam pekerjaan. Para pelajar juga akan dapat mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan baru dari sebuah syarikat berpandukan pembelajaran yang diperolehi semasa menjalankan kuliah di politeknik. Pengalaman ini serba sedikit dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan diri pelajar ke alam pekerjaan kelak.

Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam hal-hal berkaitan pekerjaan contohnya kedatangan dan ketepatan masa, ketekunan dan minat terhadap kerja yang dilakukan, menerima dan menjalankan arahan dengan baik, mempunyai personaliti yang sesuai dengan pekerjaan yang dijalankan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan, meningkatkan kualiti kerja berpandukan pengalaman dan sebagainya.

Selain itu, para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktis dan praktis kepada teori. Dengan demikian, pelajar dapat membina keyakinan diri di alam pekerjaan yang sebenar. Pentingnya Latihan Industi bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada setiap pekerjaan kerana sesebuah syarikat memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan mutu pencapaian syarikat. 


CADANGAN

Cadangan merupakan kebebasan yang diberikan kepada setiap pelajar untuk mengeluarkan sebarang cadangan, pendapat dan komen tentang apa-apa masalah dan lain-lain pekara yang berkaitan semasa menjalani latihan industri. Ini kerana setiap cadangan dan saranan yang dikemukakan akan diambil perhatian dan diatasi untuk membaiki program latihan pada masa akan datang. Setiap pekara yang dicadangkan dan disarankan merupakan input yang baik untuk tindakan pihak yang terbabit. Setiap komen dan cadangan yang diberikan adalah bertujuan untuk memberikan idea yang baru untuk membentuk kemajuan bersama, ia sama sekali bukan untuk bertujuan untuk mengaibkan mana- mana pihak yang terlibat sepanjang menjalani latihan industri. 

Di sini saya berbesar hati dengan pihak Politeknik kerana telah membantu pelajar dengan menyediakan buku garis panduan yang telah menyentuh secara terperinci mengenai penulisan Laporan Industri yang lengkap. Di sini saya ingin memberikan cadangan dan komen kepada pihak Syarikat dan pihak Politeknik 


Kepada Pihak Politeknik:-

 

i.                    Memberikan pendedahan yang luas dengan menyertakan Skop Latihan Industri setiap jurusan secara terperinci semasa menghantar borang permohonan Latihan Industri, untuk perhatian pihak syarikat samada swasta mahupun kerajaan. Ini membolehkan pihak terbabit memahami serta mengetahui bahawa pelajar tersebut sesuai atau tidak menjalani latihan di tempat mereka.

 

ii.                  Saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik menitik beratkan lawatan dari pihak penyelaras ke tempat–tempat pelajar menjalani Latihan Industri seperti yang telah dijanjikan di dalam buku dan taklimat yang diberi. Jika perlu tetapkan masa, tarikh, dan waktu untuk membuat lawatan ke tempat latihan pelajar. Ini kerana kerana bukan sahaja pelajar yang tertunggu-tunggu tetapi penyelaras serta kakitangan di syarikat tersebut juga ternanti-nanti kunjungan pihak pensyarah Politeknik.

 

iii.                Saya juga memberi cadangan supaya pihak politeknik dapat memberi kelonggaran dan masa yang agak panjang untuk pelajar menyediakan dan meneliti Laporan Latihan Industri. Kerjasama yang dihulurkan oleh pensyarah-pensyarah juga diperlukan dalam penghasilkan laporan yang berkualiti.

 

iv.                Sebelum menjalankan latihan industri pelajar kurang diberikan pendedahan untuk membuat buku laporan latihan industri secara lengkap.Walaupun pihak bertanggungjawab  telah mengadakan perjumpaan untuk pelajar-pelajar yang akan menjalankan latihan industri dan memberi sedikit taklimat mengenai cara penulisannya namun ia masih tidak mencukupi kerana masih terdapat pelajar yang terpinga-pinga untuk membuat buku laporan latihan industri.Sebagai contoh  pihak pengurusan boleh menunjukkan contoh buku laporan latihan industri yang lengkap kepada pelajar.


Kepada Pihak Syarikat:-

 

I.                   Pihak syarikat perlulah merancang dan mengkaji tempat yang sesuai dengan tahap pelatih sebelum menempatkan mereka di mana-mana jabatan.

II.                Selain itu pihak syarikat perlulah memperkenalkan pelajar yang menjalankan latihan industri di syarikat tersebut kepada semua pekerja-pekerjanya supaya hubungan antara pelajar tersebut lebih akrab dengan pekerja di syarikat tersebut.

 

III.             Seterusnya hendaklah menjalankan promosi di semua Institusi pengajian tinggi untuk memperkenalkan syarikat dan membuka peluang lebih ramai kepada pelatih untuk menjalani latihan industri di syarikat ini.

 

IV.             Menyediakan perancangan tugas yang lebih teratur untuk pelajar yang akan menjalani latihan industri di syarikat ini.



No comments:

Post a Comment