2.1 PENGENALAN FIRMA
Jabatan Kerja Raya adalah bertanggungjawab bagi membantu Kementerian Kerja Raya bagi merumus, merancang serta melaksanakan dasar-dasar pembangunan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam khususnya jalan, bekalan air, bangunan-bangunan, lapangan-lapangan terbang, pelabuhan-pelabuhan dan pengkalan-pengkalan untuk memenuhi keperluan-keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara terutama di kawasan luar bandar selaras dengan Dasar Ekonomi Baru di samping menyelenggara, memperbaiki mutu dan meninggikan taraf infrastruktur dan kemudahan awam yang sedia ada.
Peringkat pelaksanaan tugas dan tanggungjawab tersebut dibuat melalui empat(4) peringkat iaitu JKR Persekutuan dan Negeri, JKR Sabah, JKR Sarawak dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).
JKR Persekutuan bertanggungjawab terhadap perancangan dan pelaksanaan Projek-projek Persekutuan di semenanjung. Walau bagaimanapun, oleh kerana Pojek-projek Persekutuan adalah terletak di negeri-negeri, maka pelaksanaan Projek-projek Pembangunan Persekutuan adalah kebanyakkannya di bawah pentadbiran JKR Negeri kecuali projek-projek besar di mana Ibu Pejabat JKR menubuhkan Unit-unit JKR Persekutuan di Negeri-negeri. Dengan ini, JKR-JKR Negeri adalah bertanggungjawab kepada Projek-projek Pembangunan Negeri serta Projek-projek Pembangunan Persekutuan.
JKR Negeri Sabah dan Sarawak pula bertanggungjawab kepada Kerajaan
Negeri bagi Projek Pembangunan Negeri dan bertanggungjawab kepada Kementerian
Kerja Raya bagi Projek-projek Persekutuan.
2.2 LATAR BELAKANG FIRMA
Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling telah ditubuhkan pada tahun 1972. Keluasan daerah Petaling adalah 454 kilometer persegi. Sebelum ini ia dikenali sebagai Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur yang diketuai oleh Jurutera Penguasa Kuala Lumpur (JPKL) yang bertempat di Bangunan Sultan Sulaiman Kuala Lumpur.
Apabila Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling ditubuhkan ia ditempatkan di Pejabat Daerah / Tanah Petaling, di Jalan Sultan Petaling Jaya.
Setelah berlaku kebakaran pada tahun 1980an ia berpindah ke Kompleks PKNS Shah Alam dan setelah Kompleks Pejabat Daerah / Tanah Petaling yang baru siap di Subang Jaya, Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling turut berpindah pada tahun 1990an.
Pada April 2011 Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling
telah berpindah ke pejabat baharu sekarang ini iaitu di Kompleks
Pejabat-pejabat Kerajaan Daerah Petaling Jalan Atmosfera Seksyen U5 Shah Alam.
2.3 VISI JKR
Menjadi
pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang
pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk pembangunan
infrastruktur negeri berasaskan modal insan yang kreatif dan inovatif serta
teknologi terkini.
2.4 OBJEKTIF JKR
Menyerahkan produk dan melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum.
2.5 MISI JKR
Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:
1. Membantu pelanggan kita merealisasikan matlamat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
2. Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
4. Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
5. Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
6. Mengutamakan intergriti dalam memberikan perkhidmatan.
7. Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
8. Memelihara alam sekitar dalam
penyampaian perkhidmatan.
2.6.
AKTIVITI ORGANISASI
SENARAI PROJEK BANGUNAN (NEGERI)
|
Bil |
Nama Projek |
|
1 |
CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEKOLAH RENDAH AGAMA
KOTA DAMANSARA, DALAM DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN |
|
2. |
MEMBINA DAN MENYIAPKAN BANGUNAN BARU MASJID
AL-ISLAH, SERI KEMBANGAN, DAERAH
PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN. |
|
3. |
FASAD KOTA DARUL EHSAN |
|
4. |
CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN BANGUNAN PENTADBIRAN
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN |
|
5. |
CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN TEMPAT LETAK KERETA
DI PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA (RATU II) FASA 2, SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN |
|
6. |
CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN MASJID PUNCAK
PERDANA U10 SHAH ALAM, DAERAH PETALING, SELANGOR |
1. TAJUK PROJEK : CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEKOLAH RENDAH AGAMA KOTA DAMANSARA DALAM DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN
KOS
KONTRAK RM
8,214,730.00
TARIKH
MILIK TAPAK 11/09/2014
TARIKH
DIJADUAL SIAP 03/03/2016
KEMAJUAN (63.8% / 74.0%) 20 hari lewat
KERJA-KERJA PLASTERING
KEMAJUAN SEMASA
A)
BLOK A
1. Pemasangan jubin bumbung hampir siap iaitu sebanyak 80%.
2. Kerja-kerja pemasangan paip di setiap tingkat hampir siap iaitu 80%.
B)
KERJA-KERJA LAIN
1.
Pemasangan kekuda bagi wakaf.
2.
Kerja-kerja mengecat.
3.
Pembinaan laluan pejalan kaki bertutup ( susur gajah)
4. Kerja-kerja pemasangan paip di setiap tingkat blok A,B dan C.
C)
ISU
-Tiada
Isu
2. TAJUK PROJEK :CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN MASJID AL-ISLAH SERI KEMBANGAN, PEKAN SERDANG, DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN.
KOS
KONTRAK RM
7,642,702.00
TAIKH
MILIK TAPAK 23/01/2014
TARIKH
DIJADUAL SIAP 20/04/2016
KEMAJUAN (45.1% / 65.0%)
Lewat 99 hari
Kerja-kerjapembinaan
“ring beam”Kerja-kerjapemasanganbesidan “formwork” untuk Gutter.
KEMAJUAN SEMASA
A.TINGKAT
BAWAH
·
Kerja-kerja elekrik, binaan bata dan
melepa sedang dijalankan.
B.TINGKAT
2.
·
Proses pembinaan tangga sedang
dijalankan di tingkat 2 untuk ke tingkat 3.
C.TINGKAT
3.
·
Prosee pembinaan ‘ring beam’ untuk kubah
utama sedang dilaksaan 50% siap.
·
Gutter saiz 650mm x 600mm sedang dibina
75% siap.
·
Proses pembinaan menara lebih kurang
lagi 4 tingkat untuk siap.
D.KERJA
LAIN.
·
Kerja-kerja mekanikal 20% siap, serta
proses pencawang TNB 30% siap.
·
Rumah sampah dalam proses pembinaan.
3. TAJUK PROJEK : CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF FASAD KOTA DARUL EHSAN DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
KOS
KONTRAK RM
9,790,788.25
TARIKH
MILIK TAPAK 15/04/2015
TARIKH DIJADUAL SIAP 20/10/2016
KEMAJUAN (12.8% / 16.6%) Lewat 117 hari
Pemasangan
perancah dan platform di kedua-dua belah bahagian fasad
Kerja-kerja
penghasilan metal deck trusses di kilang
KEMAJUAN SEMASA
A. FASAD KOTA DARUL EHSAN
Kerja pemasangan tracking dan conduit bagi kerja elektrik telah siap semalam.
B. ISU BERBANGKIT.
Tiada isu yang berbangkit.
4.
TAJUK PROJEK : CADANGAN MEMBINA DAN
MENYIAPKAN BANGUNAN PENTADBIRAN MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH
ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
KOS
KONTRAK RM
33,303,576.08
TARIKH
MILIK TAPAK 01/09/2015
TARIKH
DIJADUAL SIAP 02/01/2017
KEMAJUAN (4.1%/9.5%) Lewat 47 hari
Kerja-kerja penyediaan pile cap Kerja-kerja tembok penahan
Kerja-kerja korekan untuk pile cap
KEMAJUAN SEMASA
A. STATUS KERJA DI TAPAK
- Sedang menjalankan kerja-kerja penyediaan pilecap
- Kerja-kerja kayu dijalankan bagi penyediaan formwork
- Kerja-kerja besi untuk mengikat besi pilecap dilakukan
- Kerja-kerja korekkan dilakukan untuk pemasangan pilecap
B. ISU
Tiada isu.
5.
TAJUK PROJEK : CADANGAN MEMBINA DAN
MENYIAPKAN TEMPAT LETAK KERETA DI PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA (RATU II) FASA 2,
SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN
KOS
KONTRAK RM
42,702,924.61
TARIKH
MILIK TAPAK 01/09/2015
TARIKH
DIJADUAL SIAP 28/08/2017
KEMAJUAN (3.2% / 7.5%)
72 hari lewat
Tempat letak kenderaan
sementara
Pondok Pengawal yang
perlu dirobohkan dan dialihkan disebabkan kedudukannya yang terletak pada jalan
masuk ke kawasan parking perpustakaan
KEMAJUAN SEMASA
A. PERMULAAN
- Pengujian satu point bore pile di tapak.
- Kemajuan fizikal sebanyak 3%.
B. ISU
Pengalihan pondok pengawal.
6.
TAJUK PROJEK : CADANGAN MEMBINA DAN
MENYIAPKAN MASJID PUNCAK PERDANA U10 SHAH ALAM, DAERAH PETALING, SELANGOR
HARGA KONTRAK RM 13,458,850.32
TARIKH MILIK TAPAK 23/11/2015
TARIKH DIJADUAL
SIAP 14/05/2017
KEMAJUAN (4%/6%) LEWAT 7
HARI
Kerja-kerja pembinaan
wash through
Kerja-kerja tanah.
KEMAJUAN SEMASA
A) STATUS KERJA DI TAPAK
- Kerja-kerja tanah sedang dilaksanakan.
- Kerja micro pile dijangka akan dilaksanakan dalam pertengahan bulan Februari.
- Silt trap and wash through dalam proses pembinaan.
B) SEBAB KELEWATAN.
Item prelim untuk site office, kerja-kerja earthwork lewat sebab masih menunggu permit untuk keluarkan tanah dari tapak.
SENARAI PROJEK BANGUNAN
(PERSEKUTUAN)
|
Bil |
Nama
Projek |
|
1 |
CADANGAN MEMBINA ASRAMA
PELAJAR DI INSTITUT PERTANIAN SERDANG |
|
2. |
KLINIK KESIHATAN (JENIS
3) KOTA DAMANSARA, PETALING JAYA. |
1.
TAJUK PROJEK : CADANGAN MEMBINA BARU
ASRAMA PELAJAR DI INSTITUT PERTANIAN SERDANG
KOS
KONTRAK RM
3,707,175.86
TARIKH
MILIK TAPAK 15.09.2015
TARIKH
DIJADUAL SIAP 12.09.2016
KEMAJUAN (6.2% / 7.1%)
Lewat 13 hari
Kerja-kerja penanaman
cerucuk
Kerja-kerja bagi
pembinaan parit
KEMAJUAN SEMASA
A. KERJA-KERJA DITAPAK
- KERJA PILING SIAP DILAKSANAKAN (79
POINTS)
- KERJA LOAD TEST DALAM PENYEDIAAN UNTUK
DILAKSANAKAN
B. ISU
TIADA ISU BERBANGKIT
2.
TAJUK PROJEK : CADANGAN UBAHSUAI KLINIK
KESIHATAN (JENIS 3) KOTA DAMANSARA, PETALING JAYA
KOS KONTRAK RM 7,872,241.78
TARIKH MILIK TAPAK 03/01/2014
TARIKH DIJADUAL
SIAP 13/03/2016
KEMAJUAN (64.2% / 86.4%)
LEWAT 94 HARI
Kerja pemasangan
cabinet
Kerja-kerja ‘wiring and
fitting’
KEMAJUAN SEMASA
A. ARAS G
- Kerja-kerja ‘plastering’ di bahagian
belakang.
- Pemasangan ‘rockwool’ di bahagian
farmasi.
- Kerja-kerja mengecat siling.
B. ARAS 1
- Kerja-kerja ‘touchup tiles’ dan bilik
x-ray.
C. ARAS 2
- Kerja-kerja ‘wiring and fitting’.
- Kerja-kerja mengecat dinding.
D. ARAS 3
- Kerja-kerja pemasangan kabinet.
E. ISU
- Tiada
Isu
2.7
CARTA ORGANISASI SYARIKAT
No comments:
Post a Comment