Tuesday, December 1, 2015

BAB 1: Pengenalan

1.1  Pengenalan

Pada dasarnya setiap institusi pengajian tinggi yang terdapat di Malaysia tidak kira sama ada isntitusi swasta ataupun kerajaan mewajibkan para pelajar mereka mengikuti program latihan industri. Peraturan ataupun syarat-syarat program latihan industri ini adalah tertakluk kepada institusi pengajian tinggi masing-masing.

Program latihan insdustri ini dibuat adalah bertujuan bagi memastikan para pelajar dapat menyesuaikan diri di alam pekerjaan. Malah ia juga mengajar para pelajar untuk mempraktikkan segala perkara dan bidang yang telah dipelajari di institusi pengajian masing-masing untuk digunakan semasa menjalanai latihan industri. Dengan ini ia dapat mengajar para pelajar berdikari dan boleh memajukan diri supaya dapat mengorak langkah kehadapan.

Oleh itu program ini adalah merupakan satu ujian bagi para pelajar sama ada benar-benar faham atau tidak matapelajaran atau kursus yang telah dipelajari semasa di institusi pengajian masing-masing. Tidak ketinggalan juga ia dapat membantu para pelajar bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran di alam pekerjaan yang sebenar.

Pada kebiasaannya para pelajar dikehendaki menjalani program latihan industri ini pada tempoh tertentu serta mempunyai garis panduan tertentu berdasarkan kepada program latihan industri di pusat pengajia masing-masing. Program ini adalah merupakan salah satu program yang wajib bagi kebanyakkan institusi pengajian tinggi untuk lulus dalam memiliki sijil, diploma ataupun ijazah.


1.2 Objektif Latihan Industri

Sewaktu menjalani latihan industri, pelajar adalah di bawah tanggungjawab firma di tempat pelajar tersebut menjalani latihan industri. Oleh yang demikian segala arahan ataupun peraturan firma hendaklah dipatuhi.

Bagi memenuhi kehendak program latihan industri ini para pelajar telah didedahkan kepada objektif latihan industri. Antara objektif latihan industri ialah:

  •          Ia dapat mendedahkan para pelajar yang telah mengikuti program latihan industri ini kepada alam pekerjaan yang sebenar. Dengan ini ia dapat memberi peluang kepada para pelajar supaya bersedia menghadapi segala cabaran di alam pekerjaan yang akan datang.
  •          Selain daripada itu ia juga dapat menyedarkan para pelajar supaya dapat meningkatkan minat terhadap matapelajaran yang dipelajari di Politeknik serta ia juga memberi pengetahuan yang lebih meluas dengan secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan dan juga kemahiran teknikal.
  •        Di samping itu ia juga mengajar para pelajar berkomunikasi secara formal serta dapat memupuk sikap berdedikasi, amanah, bertanggungjawab. Malah dengan adanya sifat-sifat ini maka ia dapat membina keyakinan diri pelajar.

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

 Setiap pelajar yang mengikuti program latihan industri adalah diwajibkan untuk menyediakan satu laporan ringkas dan padat mengenai tugas-tugas yang diberikan semasa menjalani program ini. Laporan yang dibuat mestilah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak institusi pengajian. Malah ia juga tidak menyentuh isu-isu sensitif pihak syarikat. Antara objektif laporan ialah:-

    Ia adalah sebagai bukti kepada seseorang pelajar itu mengikuti program latihan industri.

    Malah ia juga dapat dijadikan sebagai bahan untuk digunakan semasa menghadapi temuduga.

    Selain itu, kita dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang organisasi tempat menjalani latihan industri.

    Laporan ini juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan untuk menambahkan lagi pengetahuan teknikal dan kemahiran seseorang pelajar.


1.4 Kepentingan Latihan Industri

Secara amnya, latihan industri ini adalah asas pengenalan dan permulaan dalam menghadapi cabaran dan dugaan di alam pekerjaan. Malah latihan industri ini juga mengajar para pelajar erti berdikari, amanah, bertanggungjawab, berdisiplin dan sebagainya. Selain daripada itu ia juga dapat menguji sejauh mana kebolehan seseorang pelajar itu dalam bidang yang diceburi.

Program ini juga dapat membantu pelajar lebih memahami tentang matapelajaran yang dipelajari sewaktu berada di pusat institusi pengajian tinggi. Secara tidak langsung ia dapat menerapkan nilai-nilai positif dan memberikan manfaat kepada pelajar. Antara manfaat yang diterapkan disini ialah:-

    Dapat membentuk imej yang bersih dan membiasakan diri semasa di alam pekerjaan.

    Dapat belajar dengan lebih mendalam tentang pelajaran yang telah dipelajari sewaktu berada di institusi pengajian tinggi.

    Selain itu ia juga dapat dapat memberikan suatu pengalaman baru dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

    Malah ia dapat mengajar para peajar menghadapi kerenah dan ragam majikan serta rakan sekerja. Dengan ini ia mngajar para pelajar menangani segala masalah yang berkaitan dengan rakan sekerja atau majikan.

No comments:

Post a Comment