Penghargaan
Bismillahirrahanirrahim. Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya menghasilkan Laporan Akhir Latihan Industri ini dengan jayanya.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan buat JKR Selangor, di unit Bahagian Korporat kerana sudi menerima saya menjadi pelajar Latihan Industri di salah satu cawangan JKR iaitu JKR Daerah Petaling.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan di JKR Daerah Petaling di unit Jabatan Bangunan kerana sudi menerima saya untuk menjalani Latihan Industri di pejabat mereka. Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Faizal Bin Mohd Nordin yang bertindak sebagai Jurutera Bangunan di bahagian Bangunan, Encik Zulkafli Bin Zainudin selaku Penolong Jurutera dan kepada semua kakitangan di syarikat JKR Daerah Petaling kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya yang tidak terbalas jasa mereka.
No comments:
Post a Comment