Thursday, August 13, 2020

BAB 6: Kesimpulan

 

    Sebagai seorang hamba Allah S.W.T yang wujud dimuka bumi ini,pasti mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.Oleh itu kita tidak seharusnya meninggikan diri dengan kelebihan yang kita ada dan harus sentiasa tidak berputus asa dengan kekurang yang ada pada diri sendiri.Sebagai manusia tidak  salah untuk kita saling memperingati antara satu sama lain dan saling menasihati antara satu sama lain.Ini kerana semua ini adalah untuk kebaikkan dan kemantapan individu itu sendiri.Seterusnya  akan berjaya mengetuai  sesebuah syarikat itu dengan lebih mantap lagi.Apa yang diharapkan adalah semua terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan program latihan industri ini akan sentiasa berhijrah dari kelemahan kepada kelebihan begitu juga diri saya.

    Sekali lagi sebagai hamba Allah S.W.T yang biasa ingin saya menyusun sepuluh jari  memohon maaf kepada pihak syarikat sekiranya saya telah melakukan kesilapan dan menyebabkan saya tidak disenangi oleh pihak tuan.Tetapi jauh dihati saya,ingin sekali saya untuk memberikan khidmat bakti saya disyarikat ini kerana sepanjang tempoh 20 minggu saya menjalankan latihan industri disini, saya seolah-olah mempunyai saudara baru. Kemesraan, keprihatinan dan segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi disini tentu sekali tidak dapat saya nilai dengan wang rinngit.

    Sepanjang saya menjalankan latihan industri disyarikat ini, terlalu banyak perkara baru yang saya dapat pelajari di sini dan saya didedahkan kepada situasi sebenar dialam pekerjaan .Saya dapati banyak perbezaan dan kelainan jika dibandingkan dengan pembelajaran di politeknik. Syarikat dimana saya menjalankan latihan industri iaitu Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling memberikan pengalaman baru kepada saya. Disini saya mendapat banyak kemahiran dan dapat mempelajari sesuatu yang amat berguna dan berkaitan dengan kursus kejuruteraan awam. Kemahiran ini benar-benar memberikan motivasi kepada saya untuk menamatkan pengajian disemester akhir dengan jayanya dan seterusnya melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

    Selain itu, program latihan indutri ini juga mengajar saya cara pergaulan antara rakan sekerja dan juga antara pihak atasan. Batas pergaulan antara semua pihak perlulah dijaga bagi memastikan keharmonian ditempat kerja. Disamping itu, ia juga banyak mengajar saya agar lebih menitik beratkan hal-hal hubungan sosial tidak kira dengan pihak atasan mahupun pekerja am. Namun demikian sifat ingin tahu juga penting bagi membolehkan saya mengumpul seberapa banyak pengetahuan dan pengalaman. Tambahan pula, sifat bertanya juga perlu saya pupuk sepanjang menjalankan latihan industri bagi membantu saya mendapatkan sesuatu kepastian tentang sesuatu perkar

    Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kepada pihak syarikat Jabatan Kerja Raya Daerah Petaling kerana memberi peluang kepada saya menjalankan latihan industri disini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menjalankan latihan industri disini. Harapan saya agar syarikat ini akan terus maju kehadapan dan menjadi syarikat yang disegani serta saya mendoakan kejayaan kepada pekerja-pekerja di syarikat ini.


BAB 5: Dapatan dan Cadangan

 

Program latihan industri ini merupakan sebahagian daripada kurikulum Politeknik di mana setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 20 minggu sebelum dianugerahkan Sijil / Diploma Politeknik. Sepanjang tempoh 20 minggu saya menjalankan latihan industri di Jabatab Kerja Raya Daerah Petaling iaitu bermula 30 November 2015 sehingga 15 April 2016,pelbagai perkara yang dapat saya pelajari tentang kepentingan menjalankan latihan industri bagi setiap pelajar.

Tujuan perkara ini dilakukan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar supaya dapat melihat dan merasa bagimana berada di alam pekerjaan. Para pelajar juga akan dapat mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan baru dari sebuah syarikat berpandukan pembelajaran yang diperolehi semasa menjalankan kuliah di politeknik. Pengalaman ini serba sedikit dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan diri pelajar ke alam pekerjaan kelak.

Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam hal-hal berkaitan pekerjaan contohnya kedatangan dan ketepatan masa, ketekunan dan minat terhadap kerja yang dilakukan, menerima dan menjalankan arahan dengan baik, mempunyai personaliti yang sesuai dengan pekerjaan yang dijalankan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan, meningkatkan kualiti kerja berpandukan pengalaman dan sebagainya.

Selain itu, para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktis dan praktis kepada teori. Dengan demikian, pelajar dapat membina keyakinan diri di alam pekerjaan yang sebenar. Pentingnya Latihan Industi bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada setiap pekerjaan kerana sesebuah syarikat memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan mutu pencapaian syarikat. 


CADANGAN

Cadangan merupakan kebebasan yang diberikan kepada setiap pelajar untuk mengeluarkan sebarang cadangan, pendapat dan komen tentang apa-apa masalah dan lain-lain pekara yang berkaitan semasa menjalani latihan industri. Ini kerana setiap cadangan dan saranan yang dikemukakan akan diambil perhatian dan diatasi untuk membaiki program latihan pada masa akan datang. Setiap pekara yang dicadangkan dan disarankan merupakan input yang baik untuk tindakan pihak yang terbabit. Setiap komen dan cadangan yang diberikan adalah bertujuan untuk memberikan idea yang baru untuk membentuk kemajuan bersama, ia sama sekali bukan untuk bertujuan untuk mengaibkan mana- mana pihak yang terlibat sepanjang menjalani latihan industri. 

Di sini saya berbesar hati dengan pihak Politeknik kerana telah membantu pelajar dengan menyediakan buku garis panduan yang telah menyentuh secara terperinci mengenai penulisan Laporan Industri yang lengkap. Di sini saya ingin memberikan cadangan dan komen kepada pihak Syarikat dan pihak Politeknik 


Kepada Pihak Politeknik:-

 

i.                    Memberikan pendedahan yang luas dengan menyertakan Skop Latihan Industri setiap jurusan secara terperinci semasa menghantar borang permohonan Latihan Industri, untuk perhatian pihak syarikat samada swasta mahupun kerajaan. Ini membolehkan pihak terbabit memahami serta mengetahui bahawa pelajar tersebut sesuai atau tidak menjalani latihan di tempat mereka.

 

ii.                  Saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik menitik beratkan lawatan dari pihak penyelaras ke tempat–tempat pelajar menjalani Latihan Industri seperti yang telah dijanjikan di dalam buku dan taklimat yang diberi. Jika perlu tetapkan masa, tarikh, dan waktu untuk membuat lawatan ke tempat latihan pelajar. Ini kerana kerana bukan sahaja pelajar yang tertunggu-tunggu tetapi penyelaras serta kakitangan di syarikat tersebut juga ternanti-nanti kunjungan pihak pensyarah Politeknik.

 

iii.                Saya juga memberi cadangan supaya pihak politeknik dapat memberi kelonggaran dan masa yang agak panjang untuk pelajar menyediakan dan meneliti Laporan Latihan Industri. Kerjasama yang dihulurkan oleh pensyarah-pensyarah juga diperlukan dalam penghasilkan laporan yang berkualiti.

 

iv.                Sebelum menjalankan latihan industri pelajar kurang diberikan pendedahan untuk membuat buku laporan latihan industri secara lengkap.Walaupun pihak bertanggungjawab  telah mengadakan perjumpaan untuk pelajar-pelajar yang akan menjalankan latihan industri dan memberi sedikit taklimat mengenai cara penulisannya namun ia masih tidak mencukupi kerana masih terdapat pelajar yang terpinga-pinga untuk membuat buku laporan latihan industri.Sebagai contoh  pihak pengurusan boleh menunjukkan contoh buku laporan latihan industri yang lengkap kepada pelajar.


Kepada Pihak Syarikat:-

 

I.                   Pihak syarikat perlulah merancang dan mengkaji tempat yang sesuai dengan tahap pelatih sebelum menempatkan mereka di mana-mana jabatan.

II.                Selain itu pihak syarikat perlulah memperkenalkan pelajar yang menjalankan latihan industri di syarikat tersebut kepada semua pekerja-pekerjanya supaya hubungan antara pelajar tersebut lebih akrab dengan pekerja di syarikat tersebut.

 

III.             Seterusnya hendaklah menjalankan promosi di semua Institusi pengajian tinggi untuk memperkenalkan syarikat dan membuka peluang lebih ramai kepada pelatih untuk menjalani latihan industri di syarikat ini.

 

IV.             Menyediakan perancangan tugas yang lebih teratur untuk pelajar yang akan menjalani latihan industri di syarikat ini.



BAB 4: Laporan Teknikal

 

4.1 KESELAMATAN DAN KESIHATAN

4.1.1 Pengenalan

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu dengan memperkenalkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada 25 Februari 1994.

Antara faktor yang membawa kepada pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah kerana terdapatnya banyak kelemahan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 dan statistik kemalangan di tempat kerja yang tinggi. Sebagai contoh, insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994 yang mengakibatkan berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut. Di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, ianya merupakan salah satu tanggungjawab majikan untuk mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pekerja ketika bekerja dan juga orang lain yang turut berada di kawasan tersebut.

Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia dan dibahagikan kepada limabelas bahagian iaitu Pe rmulaan (Preliminary), Perlantikan Pegawai (Appointment of Officers), Majlis Negara bagi Keselamatan & Kesihatan (National Council for OSH) , Kewajipan Am Majikan & Orang Yang Bekerja Sendiri (General Duties of Employers and Self-Employed Persons), Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang & Pembekal (General Duties of Designers, Manufacturers and Suppliers), Kewajipan Am Pekerja (General Duties of Employees), Organisasi Keselamatan & Kesihatan (Safety and Health Organizations), Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan & Penyakit Pekerjaan & Siasatan (Notification of Accidents, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning and Occupational Diseases and Inquiry), Larangan Terhadap Penggunaan Loji atau Bahan (Prohibition Against Use of Plant or Substance), Tataamalan Industri (Industry Codes of Practice), Penguatkuasaan & Penyiasatan (Enforcement and Investigation), Liabiliti bagi Kesalahan (Liability for Offences), Rayuan (Appeals), Peraturan-peraturan (Regulations), dan Pelbagai (Miscellaneous). Artikel ini akan membincangkan tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan merujuk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.


4.1.2 Tujuan dan Skop

Tujuan utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja, mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi orang-orang yang sedang bekerja, mengadakan suatu sistem perundangan yang berasas kepada peraturan-peraturan dan tata amalan industri disamping peruntukan Akta. Secara ringkasnya, akta ini bertujuan untuk menjamin keselamatan bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga kepada orang lain yang berada di tempat kerja.Orang lain tersebut merujuk kepada tetamu atau sesiapa sahaja yang mempunyai urusan dengan organisasa berkenaan.

Manakala skop akta ini antara lain adalah merangkumi dan melindungi semua orang yang bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor swasta kecuali mereka yang bekerja di atas kapal perdagangan, angkatan tentera. Sektor-sektor yang dirangkumi akta ini adalah sebagaimana peruntukkan dinyatakan dalam jadual pertama di bawah seksyen 1(2) iaitu pengilangan, perlombongan dan kuari, pembinaan, pertanian, perhutanan dan perikanan, kemudahan elektrik, gas, air dan perkhidmatan kebersihan, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi, perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran, kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.


4.1.3 Keselamatan di Tempat Kerja

Tanggungjawab Majikan dan Orang yang Bekerja Sendiri

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. Kegagalan mematuhi peruntukan ini boleh menyebabkan majikan didenda RM 50,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya. Seterusnya di bawah seksyen 15(2) memperuntukkan bahawa majikan hendaklah setakat yang praktik melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja untuk mereka termasuklah mengadakan dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan, membuat perkiraan tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam penyimpanan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan, menyediakan maklumat, arahan, latihan dan pengawasan ke atas aktiviti-aktiviti berbahaya, menyelenggara tempat kerja serta menyediakan keluar dan masuk yang selamat, dan menyediakan persekitaraan tempat kerja yang bebas daripada bahaya-bahaya yang tidak diingini seperti bising, habuk dan sebagainya. Kewajipan lain majikan dan orang yang bekerja sendiri adalah menyediakan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, memastikan orang lain selain daripada pekerjanya tidak tertedah kepada bahaya yang dihasilkan daripada aktiviti yang dijalankan oleh beliau serta memberitahu orang lain tentang aktiviti yang dijalankannya, dan memberi maklumat kepada orang lain berkenaan dengan aspek cara pengusahaannya yang boleh menyentuh keselamatan dan kesihatan orang lain.

Perkataan yang digunakan bagi meletakkan tanggungjawab majikan dan orang yang bekerja sendiri adalah ‘setakat yang praktik’. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja tidaklah memperincikan secara menyeluruh tentang apa yang dimaksudkan dengan perkataan setakat yang praktik, apa yang dinyatakan hanyalah faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan maksud perkataan ini. Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Teruknya bahaya atau risiko yang terlibat.
  2. Keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko tersebut dan cara mengawalnya.
  3. Kewujudan cara yang sesuai untuk menghapus atau mengurang bahaya atau risiko itu.
  4. Kos yang terlibat bagi menghapus atau mengurangkan bahaya atau risiko itu.

Faktor-faktor ini penting sebagai rujukan atau panduan majikan dan orang yang bekerja sendiri dalam mempraktikkan tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Dalam pada itu, faktor-faktor ini juga adalah penting bagi Mahkamah dalam membuat keputusan sama ada sesuatu tindakan majikan dan orang yang bekerja sendiri adalah boleh dipraktikkan atau tidak.


4.1.4 Tanggungjawab Pekerja

Akta ini bukan sahaja meletakkan tanggungjawab kepada majikan dan orang yang bekerja sendiri tetapi juga terhadap pekerjanya. Tanggungjawab pekerja antara lain adalah memberi perhatian munasabah terhadap keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain semasa menjalankan aktiviti-aktivitinya, memberi kerjasama samada kepada majikan atau orang lain dalam hal berkaitan dengan pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994, memakai peralatan perlindungan diri yang dibekalkan oleh majikan, dan mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan kesihatan seperti yang dikehendaki di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan peraturan-peraturannya. Kegagalan mematuhi peruntukan ini boleh mengakibatkan pekerja terbabit didenda RM 1000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali.


4.1.5 Kesihatan di Tempat Kerja

Definisi penyakit pekerjaan adalah penyakit yang disebabkan atau berpunca daripada aktiviti dan faktor persekitaran di tempat kerja. Jenis-jenis penyakit pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu organ sasaran dan agen penyebab. Jenis-jenis penyakit pekerjaan mengikut organ sasaran adalah penyakit sistem kardiovaskular seperti penyakit paru paru pekerjaan, penyakit kulit pekerjaan, penyakit otot rangka, penyakit sistem pembiakan, penyakit sistem saraf pusat, penyakit berkaitan bangunan, penyakit hati, penyakit ginjal, penyakit psikiatri atau gangguan kesihatan mental, penyakit kanser pekerjaan. Manakala jenis-jenis penyakit pekerjaan mengikut agen penyebab adalah seperti logam, gas, pelarut, racun serangga, hilang pendengaran akibat kebisingan, gegaran, suhu, radiasi, tekanan, agen berjangkit penyakit pekerjaan berjangkit.

Di antara fungsi seksyen kesihatan di bawah akta ini adalah bertujuan memantau pemberitahuan penyakit dan keracunan pekerjaan yang di laporkan, memantau aktiviti penyiasatan penyakit pekerjaan oleh negeri-negeri, menganalisa data penyakit dan keracunan pekerjaan yang dilaporkan dan menyediakan laporan kejadian penyakit dan keracunan pekerjaan, merancang dan melaksana dan memantau program pengawasan kesihatan warga JKKP, memberi input kepakaran dalam penggubalan dasar kesihatan pekerjaan, memberi khidmat nasihat kepada pejabat negeri, agensi-agensi luar, pengamal kesihatan dan orang-ramai

Jenis-jenis hazad pekerjaan pula boleh dibahagiakan kepada lima iaitu hazad fizikal, hazad kimia, hazad biological, hazad kimia, hazad ergonomic, hazad psikososial. Di antara jenis-jenis hazad fizikal adalah suhu terlampau seperti sejuk atau panas, mekanikal, gegaran, kebisingan, elektrikal, radiasi, tekanan rendah atau tinggi dan pencahayaan. Hazad kimia pula terdiri daripada asid atau alkali, pelarut, bahan disinfeksi, gas anastasia dan ubat sitotoksik. Manakala jenis-jenis hazad biological adalah seperti virus, bakteria, protozoa, kulat, plasmodium dan jenis-jenis hazad ergonomic pula antara lain adalah pergerakan berulang, tiada pergerakan, mengangkat beban, kecederaan otot rangka, unit paparan visual. Akhir sekali hazad psikososial adalah seperti stress pekerjaan, depresi atau kerisauan, ketagihan dadah atau ubat, dan penderaan seksual.


4.2 Prosedur Kawalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Jabatan Kerja Raya (JKR)

1.0 OBJEKTIF

Prosedur ini adalah untuk dijadikan panduan kepada semua pegawai tapak bina bagi kawalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan panduan kepada kontraktor untuk menyediakan Pelan Keselamatan dan Kesihatan Projek (S-Plan) dalam operasi dan pelaksanaan kerja yang terlibat dengan projek JKR Malaysia. S-Plan adalah sebahagian daripada sistem dokumentasi yang perlu dibangunkan dan disenggara di tapak bina. S-Plan juga perlu disediakan mengikut keperluan dan bersesuaian dengan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan untuk pematuhan keperluan-keperluan yang berkaitan serta pencapaian objektif dan sasaran SPB.

 

2.0 SKOP

Prosedur ini digunapakai oleh semua pejabat tapak bina yang memerlukan kawalan kepada Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OHSAS 18001). Prosedur ini merangkumi perancangan S-Plan, memberi gambaran tentang keperluan Keselamatan dan Kesihatan semasa pelaksanaan projek, borang-borang semakan bagi keperluan kawalan Keselamatan dan Kesihatan untuk digunapakai di tapak bina semasa peringkat pembinaan.

 

3.0 RUJUKAN

a) Manual Sistem Pengurusan Bersepadu

b) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

c) Akta Kilang dan Jentera 1974


4.0 SINGKATAN

PB - Pengarah Berkenaan yang terdiri dari Pengarah Cawangan Ibu Pejabat JKR Malaysia, Pengarah JKR/ JBA Negeri/Pengarah JKR Wilayah Persekutuan/ Pengarah JKR Pembangunan Persekutuan/ Pengarah Unit Khas JKR.

KUB - Ketua Unit Berkenaan yang terdiri daripada Ketua Bahagian/Unit Cawangan/Negeri/Jurutera Daerah/ Jurutera Jajahan/ Pengurus Tapak Projek.

HOPT - Ketua Pasukan Projek (Head of Project Team) Pegawai yang dilantik oleh PB untuk mengetuai pasukan pelaksanaan sesuatu projek.

PD - Pengarah Projek (Project Director) sebagai pegawai yang diberi kuasa untuk menyelia projek mengikut definisi kontrak.

WPD - Wakil Pengarah Projek mengikut definisi kontrak.

PP - Pegawai Penguasa mengikut definisi kontrak.

WPP - Wakil Pegawai Penguasa mengikut definisi kontrak.

PTB - Penyelia Tapak Bina yang dilantik oleh

PP/WPP/PD/WPD.

PDT - Pegawai yang ditugaskan termasuk Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, Pegawai Alam Sekitar

WP - Wakil Pengurusan bagi Sistem Pengurusan Bersepadu JKR

R&B - Reka dan Bina

SPB - Sistem Pengurusan Bersepadu

PKT - Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Tapak (Kontraktor)

S-Plan - Pelan Keselamatan dan Kesihatan Projek

PPE - Personal Protective Equipment

ERT - Emergency Response Team

HIRADC - Hazard Identification, Risk Assessment and Determining Controls

WBS - Work Breakdown Structure

ERP - Respon Kecemasan dan Kesediaan

PMA - Permit Mesin Angkat

MKSP - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

DOSH - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


5.0 TANGGUNGJAWAB

5.1 PP/PD bertanggungjawab bagi memantau ke atas kawalan Keselamatan dan Kesihatan di tapak bina dan memastikan ianya di patuhi oleh, Kontraktor/PKT, perunding dan pelawat.

5.2 PKT perlu kompeten dan bertanggungjawab dalam penyediaan kawalan Keselamatan dan Kesihatan bagi pihak pasukan kontraktor.

5.3 Skop tugas bagi kawalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tapak bina adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah:

 

Jadual 1: Skop Tugas Pihak Yang Terlibat Dalam Kawalan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

PIHAK

SKOP TUGAS

JKR IBU PEJABAT DAN URUS SETIA SPB

• Memantau status Keselamatan dan Kesihatan secara keseluruhan untuk semua projek JKR.

• Menerima S-Plan, Laporan Keselamatan dan Kesihatan Bulanan daripada JKR Cawangan/Negeri.

• Mengadakan Audit Dalaman dan MKSP

• Urus Setia Audit Pengawasan SIRIM

JKR CAWANGAN/ NEGERI /PASUKAN KHAS

 

• Memantau Keselamatan dan Kesihatan di semua projek di seluruh Negeri

• Menerima Laporan Keselamatan dan Kesihatan Bulanan daripada JKR Daerah

• Mengadakan Audit Dalaman

• Menyemak dan Menerima S-Plan

 

JKR DAERAH

• Memantau Keselamatan dan Kesihatan secara terperinci di semua projek di seluruh Daerah

• Menerima Laporan Keselamatan dan Kesihatan Bulanan daripada Kontraktor

• Mengadakan Audit Dalaman

• Menyemak dan Menerima S-Plan

KONTRAKTOR UTAMA

• Memastikan Keselamatan dan Kesihatan di tapak terkawal.

• Menyediakan Laporan Bulanan Keselamatan dan Kesihatan dan dikemukakan/dibentangkan kepada pihak JKR

• Menyediakan S-Plan

• Menjalankan Audit Keselamatan Tapak

• Penyediaan HIRADC dan tindakan pencegahan

• Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Penyiasatan Kemalangan yang terdiri daripada semua pihak terlibat.

• Menguruskan projek dan segala pelaksanaan/operasi kerja berpandukan S-Plan

• Mengukur prestasi statistik kemalangan dan penyakit

SUB – KONTRAKTOR DAN PERUNDING

• Mematuhi S-Plan dan arahan PKT


 6.0 PELAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (S-PLAN)

6.1 S-Plan adalah dokumen perancangan kawalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tapak bina yang perlu disediakan dari peringkat awal pembinaan. Sila rujuk Lampiran 1 bagi format S-Plan yang lengkap.


6.2 Penyediaan S-Plan

6.2.1 Kontraktor perlu menyediakan S-Plan yang lengkap termasuk interim S-Plan secara berperingkat seperti dinyatakan dalam kontrak/keperluan pelanggan/brif projek.

6.2.2 Peringkat penyediaan S-Plan adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 2.

6.2.3 Sekiranya terdapat aktiviti yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum persediaan S-Plan, Manual Sistem Pengurusan Bersepadu dan Prosedur Keselamatan dan Kesihatan JKR Malaysia boleh dijadikan sebagai panduan awal di tapak bina

Jadual 2 : Peringkat Penyediaan S-Plan

Peringkat

Awal

(< 1 bulan dari tarikh milik tapak)

Lengkap

( 3 bulan dari tarikh milik tapak)

Semasa memerlukan

kemaskini

Kandungan

yang perlu disediakan

(keperluan

minimum)

• Prakata, objektif dan Pengenalan

• Rancangan Skop Pelaksanaan kerja berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

• Perundangan semasa berkaitan dengan skop/aktiviti pembinaan

• Polisi Keselamatan dan Kesihatan

 

Pekerjaan

• Carta Organisasi, peranan, tanggungjawab, kompetensi pekerja

• HIRADC

• Seperti perkara-perkara yang diformatkan dalam S-Plan (rujuk Lampiran 1)

• HIRADC (Perlu dihantar 1 minggu sebelum mana-mana aktiviti kerja pembinaan dimulakan semasa tempoh kontrak/ dilengkapkan

• Mana-mana perkara dalam S-Plan yang berlaku perubahan dan perlu dirancang semula / dikemaskini.

• HIRADC (Perlu dihantar 1 minggu sebelum mana-mana aktiviti kerja pembinaan dimulakan semasa tempoh kontrak)

 

6.3 Proses Penerimaan S-Plan dilakukan mengikut keperluan seperti yang berikut:

a. Persediaan – Pengurus Projek Kontraktor (dinasihat oleh PDT/PKT)

b. Penerimaan – PP/PD/Wakil PP/PD

(JKR tidak perlu meluluskan S-Plan)

Sila rujuk Carta Aliran Proses Kerja Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di perenggan 8.0.

 

6.4 Pemantauan S-Plan

6.4.1 PDT/PTB di tapak bina perlu memantau S-Plan berdasarkan Prosedur Kawalan Dokumen [JKR.PK.(P).01]

6.4.2 S-Plan yang diluluskan perlu diedarkan oleh PKT kepada semua pegawai tertentu termasuk sub-kontraktor dan perunding.

6.4.3 S-Plan yang diluluskan perlu diserahkan kepada pihak JKR Cawangan/Negeri/Daerah untuk direkodkan sebagai rujukan.

6.4.4 PDT/PTB perlu memastikan S-Plan diedarkan kepada pihak yang berkenaan (PP/PD, wakil PP/PD (utama), HOPT dan kontraktor).

6.4.5 Sekiranya ada pihak yang berkaitan memerlukan salinan S-Plan atau sebahagian sahaja, pihak terbabit perlu membuat permohonan kepada wakil PP/PD (utama) secara bertulis.

 

6.5 Kajian Semula S-Plan

S-Plan yang telah diwujudkan dan dilaksanakan perlu dipantau dan dikaji semula secara berkala dalam tempoh tertentu atau apabila/selepas berlaku insiden (kemalangan atau penyakit) termasuk perubahan Pengarah Projek (PD)/Pengurus Projek (PM)/PKT. Ini adalah untuk memastikan S-Plan dapat membantu dalam mengurangkan dan mengelakkan risiko hazad di tapak bina serta dijadikan sebagai contoh rujukan.


6.6 Laporan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

6.6.1 Laporan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan perlu disediakan oleh PKT, disemak oleh pengurus projek dan diluluskan oleh pengarah syarikat. Laporan ini perlu dikemukakan kepada PP/PD/WPP/WPD serta dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dan mesyuarat tapak.

6.6.2 Isi kandungan laporan keselamatan dan kesihatan Pekerjaan sekurang-kurangnya perlu mengandungi perkara seperti yang berikut:

• Rekod kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan serta tindakan yang diambil selaras dengan objektif SPB (Rangka Statistik Kemalangan dan Penyakit Pekerjaan adalah seperti yang dibincangkan dalam Perenggan 7.0 dan Lampiran 2).

• Program-program yang berkaitan dalam [JKR.PK(P).14]/S-Plan/kontrak kerja dilaksanakan mengikut jadual/tempoh ditetapkan.

• Status penyediaan S-Plan dan HIRADC (jika masih belum dilengkapkan).

• Kawalan Keselamatan Trafik.

• Lain-lain isu (NCR/aduan/kerosakan peralatan dan jentera)/ laporan-laporan pemeriksaan dan pemantauan seperti yang dibincangkan dalam perenggan 6; serta pematuhan keperluan perundangan seperti JKKP.

6.6.3 Laporan Keselamatan Dan Kesihatan perlu dikemukakan kepada

PP/PD/WPP/WPD setiap bulan.


6.7 Penyimpanan dan Penyelenggaraan Dokumen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Pihak kontraktor hendaklah menyimpan dan menyenggara dalam keadaan teratur dan baik apa-apa rekod yang berkaitan dengan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan mengikut tempoh yang ditetapkan perundangan yang berkaitan.


6.8 Kalibrasi Peralatan

Semua peralatan yang memerlukan kalibrasi perlu dibuat penentukuran dan ditentusahkan oleh badan/agensi yang diiktiraf dengan menggunakan borang kalibrasi penyeliaan tapak bina [JKR.PK(O).04-4].


7.0 PENGGUNAAN BORANG-BORANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN SEMASA PEMERIKSAAN DAN PEMANTAUAN KERJA DI TAPAK BINA

7.1 Bagi keperluan pemeriksaan dan pemantauan dalam kawalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, penggunaan borang-borang keselamatan dan kesihatan adalah keperluan minimum di tapak bina.


7.2 Borang-borang keselamatan dan kesihatan adalah untuk:

• Memenuhi peraturan dan perundangan berkaitan

• Memberi panduan dan memudahkan serta tidak terlepas pandang dalam kawalan keselamatan dan kesihatan

• Menjamin kesempurnaan hasil kerja

• Menjamin suasana kerja yang selamat dan sihat


7.3 Tanggungjawab penyediaan dan kelulusan:

• Pengurus Projek Kontraktor/PKT adalah bertanggungjawab memastikan borang-borang berkaitan digunapakai oleh pasukan kontraktor yang dilantik.

• Pemeriksaan adalah dijalankan oleh penyelia kontraktor yang dilantik. PKT bertanggungjawab bagi semakan dan kelulusan semua borang berkenaan setelah dipastikan tindakan dan keadaan yang selamat telah dipatuhi.

• Satu set hasil borang-borang perlu dijilid atau dilampirkan bersama laporan mengikut maksud dalam perenggan 5.6.


7.4 Kegunaan borang-borang adalah seperti yang berikut:

• pendaftaran

• pelaporan

• pengakuan

• penyeliaan

• semakan dan pemeriksaan

• memohon permit/pas/kelulusan

• audit

• pemantaua

 

7.5 Bagi penyediaan analisa risiko dan penglibatan pekerja, program keselamatan dan kesihatan, respon kecemasan dan kesediaan, sila rujuk prosedur JKR.PK(P).13, JKR.PK(P).14, JKR.PK(O).04D. Semua peralatan yang digunapakai untuk tujuan pemeriksaan perlu dikalibrasi mengikut JKR.PK(O).04-4.


7.6 Sila rujuk Lampiran 3 untuk Senarai Semakan Keperluan Keselamatan dan Kesihatan Tapak Bina serta Lampiran 4 untuk Borang-Borang Induk Keselamatan dan Kesihatan Tapak Bina


8.0 STATISTIK KEMALANGAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN

8.1 Selaras dengan objektif SPB, statistik dipantau untuk menunjukkan penambahbaikan di sepanjang tempoh kontrak bagi keperluan pencapaian sasaran (target) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.


8.2 PKT dikehendaki menggunakan borang dalam Lampiran 2 untuk memantau kejadian kes-kes kemalangan dan penyakit pekerjaan.


8.3 Bilangan kes direkodkan bagi setiap kejadian kemalangan major, cedera ringan, kemalangan nyaris (near miss) dan penyakit. Bilangan pekerja maut akibat kemalangan/penyakit turut direkodkan. Bilangan hari akibat Kecederaan Masa Hilang (Lost Time Injury) juga direkodkan.


8.4 Semua kejadian kemalangan dan penyakit adalah perlu diambil tindakan siasatan, pembetulan dan pencegahan mengikut prosedur [JKR.PK(O).04D, JKR.PK(P).05 dan JKR.PK(P).06] seperti kaji semula HIRADC, S-Plan, penghapusan sumber/punca, penggantian, pengasingan, kawalan kejuruteraan, kawalan pengurusan dan penggunaan alat pelindungan keselamatan individu. Lost Time Injury (LTI) TIDAK BOLEH DIPERTIMBANGKAN dalam tuntutan lanjutan masa kontrak.